Sunday, January 9, 2011

Adab - adab belajar

1. Baca d0a sebelum belajar
2.  Menumpukan perhatian ketika Guru sedang mengajar.
3.  Bercakap sopan dengan Guru.
4. Bertanya kepada apabila tidak faham.
5. Tidak membantah setiap arahan dan bersedia menerima nasihat dari Guru.
6. Membuat kerja rumah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
7. Sentiasa berusaha dan berdoa memohon kejayaan.












1.        Menumpukan perhatian ketika guru mengajar

Thursday, January 6, 2011

Raihan 25 Rasul Flv

Nama-nama nabi dan Rasul

25 Nama Nabi dan Rasul yang Wajib Kita Ketahui 

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.

kisah Nabi Nuh A.S

bAhtEra nABi NUH A.S.


Nabi Nuh adalah nabi yang telah di pilih oleh Allah sebagai utusannya untuk berdakwah kepada kaumnya yang menyembah berhala, dan mengajak mereka untuk memluk agama islam.

kaumnya banyak melakukan maksiat,syirik dan lain-lain kerana mereka telah jauh dihasut oleh iblis laknatullah supaya membuat perkara-perkara yang mungkar.

Nabi Nuh brusaha berdakwah dengan kaumnya secara bersungguh-sungguh tidak kira dengan orang-orang atsan mahu pun bawahan dengan kebijaksanaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

beliau dituduh menjadi pendusta kerana mereka sama sekali tidak percaya kepada Nabi Nuh, pengikut-pengikut nabi Nuh adalah orang-orang miskin, juga orang-orang yang tiada pangkat sahaja.

lebih menyedihkan keluarganya juga menjadi pembangkang dalam dakwahnya. 


hingga pada akhirnya Allah berfirman:
"Dan diwahyukan kepada Nuh. Bahawasanyan sekali-kali tidak beriman diantara kaum mu,kecuali orang yang telah beriman sahaja kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apayangsering mereka kerjakan"
(Huud[11] ayat 36)


kemudian beliau pun mengumpulkan pengikutnya untuk membuat bahtera tersebut. mereka membuat kapal jauh dari orang ramai.


Allah memerintahkan supaya Nabi Nuh membawa sepasang dari setiap binatang untuk masuk ke dalam bahtera tersebut,serta kerabatnya  dan juga makhluk yang akan meneruskan keturunannya bukan sahaja manusia tetapi pokok serta haiwan.


Nabi Nuh berkata:
"naiklah kamu sekalian ke dalam bahtera ini dan menyebut nama Allah sewktu berlayar dan sewaktu berlabuhnya, sesungguhnya Allah maha pengampun dan penyayang"


kemudian dengan sekelip mata sahaja kota dan desa itu banjir kerana air keluar dari bumi dan langit. Banjir tersebut telah menenggelamkan segalanya sehingga tiada tempat berlindung. 


amat menyedihkan anak dan isterinya serta ahli keluarganya enggan mengikut beliau kerana kesombongan mereka yang telah sesat.


setelah banjir besar tersebut surut, mereka memulakan hidup baru, bahtera tersebut telah berhenti di Bukit Judi. begitulah kisah Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya dengan bantuan Allah.


Wallahua'lam...

  

Wednesday, January 5, 2011

adAb-aDab mAkan..nyAm..nyAm...

  1. dimulakan dengan BISMILLAH..
  2. disudahi dengan ALHAMDULILLAH sebagai tanda terima kasih kepada Allah..
  3. makan menggunakan tiga jari
  4. menjilat jari jemari sebelum membasuh tangan
  5. jangan meniup makanan yang panas, tetapi biarkanlah sehingga makan tersebut sejuk. apabila hendak minum pula jangan bernafas di dalam gelas tersebut tetapi bernafaslah di luar gelas, sewaktu minum hendaklah minum tiga teguk.
  6. jangan makan terlampau kenyang.
  7. sekiranya mempunyai banyak pilihan makan dihadapan, hendaklah mengambil yang berada hampir dengan kita.
  8. ketika di dalam sesuatu jamuan dahulukanlah orang yang lebih tua dahulu atau pun orang yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi dari kita.
  9. ketika makan janganlah kita melihat orang sebelah kita supaya kita tidak hilang fokus ketika makan.
  10. jangan membuat sesuatu yang mungkin menghilangkan selera orang lain terputus.
  11. apabila makan bersama orang miskin, kita perlu mendahulukan mereka.