Thursday, January 6, 2011

kisah Nabi Nuh A.S

bAhtEra nABi NUH A.S.


Nabi Nuh adalah nabi yang telah di pilih oleh Allah sebagai utusannya untuk berdakwah kepada kaumnya yang menyembah berhala, dan mengajak mereka untuk memluk agama islam.

kaumnya banyak melakukan maksiat,syirik dan lain-lain kerana mereka telah jauh dihasut oleh iblis laknatullah supaya membuat perkara-perkara yang mungkar.

Nabi Nuh brusaha berdakwah dengan kaumnya secara bersungguh-sungguh tidak kira dengan orang-orang atsan mahu pun bawahan dengan kebijaksanaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

beliau dituduh menjadi pendusta kerana mereka sama sekali tidak percaya kepada Nabi Nuh, pengikut-pengikut nabi Nuh adalah orang-orang miskin, juga orang-orang yang tiada pangkat sahaja.

lebih menyedihkan keluarganya juga menjadi pembangkang dalam dakwahnya. 


hingga pada akhirnya Allah berfirman:
"Dan diwahyukan kepada Nuh. Bahawasanyan sekali-kali tidak beriman diantara kaum mu,kecuali orang yang telah beriman sahaja kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apayangsering mereka kerjakan"
(Huud[11] ayat 36)


kemudian beliau pun mengumpulkan pengikutnya untuk membuat bahtera tersebut. mereka membuat kapal jauh dari orang ramai.


Allah memerintahkan supaya Nabi Nuh membawa sepasang dari setiap binatang untuk masuk ke dalam bahtera tersebut,serta kerabatnya  dan juga makhluk yang akan meneruskan keturunannya bukan sahaja manusia tetapi pokok serta haiwan.


Nabi Nuh berkata:
"naiklah kamu sekalian ke dalam bahtera ini dan menyebut nama Allah sewktu berlayar dan sewaktu berlabuhnya, sesungguhnya Allah maha pengampun dan penyayang"


kemudian dengan sekelip mata sahaja kota dan desa itu banjir kerana air keluar dari bumi dan langit. Banjir tersebut telah menenggelamkan segalanya sehingga tiada tempat berlindung. 


amat menyedihkan anak dan isterinya serta ahli keluarganya enggan mengikut beliau kerana kesombongan mereka yang telah sesat.


setelah banjir besar tersebut surut, mereka memulakan hidup baru, bahtera tersebut telah berhenti di Bukit Judi. begitulah kisah Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya dengan bantuan Allah.


Wallahua'lam...

  

No comments:

Post a Comment